Monday, May 6, 2013

Jenis-Jenis Dadah

Setakat ini, dadah boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti berikut :

a.) Opiat dan opiat sintetik
b.) Stimulan
c.) Ganja
d.) Halusinogen
e.) Depresen
f.) Ubat-ubatan dan bahan-bahan yang disalah guna

  
1) APA ITU OPIAT ?
 

                 

Dadah jenis opiat diperoleh daripada tumbuhan pokok popi. Getah dikeluarkan daripada buah popi, lau ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin.






 
JENIS-JENIS OPIAT          
                                                                                                                                                            
                                                                                                                                                              


1) MORFIN                                                                                                                                                        


Morfin adalah sejenis alkaloid yang diperoleh setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia selalunya dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin hidroklorik.


Pil-Pil Morfin
-Mengadungi morfin sulfat/murfin hidroklorid
-pil kecil berwarna putih/coklat pucat. 


Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik
Nama Jalanan : 'M', 'White powde', 'Monkey', 'Morpho'.


Morfin Mentah
-Berbentuk blok/sebuk
-bertanda '999'
-Mengandungi 70%-90% morfin
-Juga dipanggil Heroin No. 1


Bes Morfin
-Seperti serbuk kopi halus
-Mengandungi 60%-70% morfin







2) HEROIN


Heroin adalah dadah jalanan yang paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.

Cara Mengunakan : Menyuntik, menghidu, menghisap
Nama Jalanan: 'Fit, Fun , tepung , Cik putih, barang dan 'Penang pink.









3)KODEIN 



Kodein adalah bahan alkaloid yang wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan, kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.

Cara Menggunakan : Menelan, Menyuntik
Nama Jalanan : Ubat batuk







4)OPIAT SINTETIK 



opiat Sintetik meliputi bahan-bahan seperti methadone, pethidine, dipipanone dan 'dextroproxyphene. Bahan-bahan ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiat dan digunakan dalam bidang perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini methadone digunakan dalam rawatan penagihan opiat di negara kita.



Cara Menggunakan : Menelan, menyuntik

Nama Jalanan : Fizzies, Dollies.




 


5)Candu


  

Dihasilkan daripada buah popi muda .

Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .

Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .

Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap . 

Jenis /Bentuk

Candu mentah , candu masak , tahi candu 

Nama lain

 Mandat , Pen Yeh ,O,  Tar

Cara penggunaan

menghisap


Ciri-ciri penagih

Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul.





No comments:

Post a Comment